Lirik Soutul Amal - Aku Mujahid Dakwah

Lirik Lagu Nasyid
Soutul Amal - Aku Mujahid Dakwah

Aku mujahid Dakwah
Aku tentera Allah
Anak panah Qiyadah
Mata rantai Risalah

Aku mujahid Dakwah
Aku tentera Allah
Penghunus pedang kebenaran
Pewaris panji perjuangan

Umpama ‘Uqbah (Bin Nafi’) mahu seberang laut
Andai di sana insan, pasti ku sampaikan
Ayat-ayat kebenaran, cahaya kehidupan

Seperti Tariq (Bin Ziyad) bakar bahtera
Takkan berpaling maju terus mara
Bagaikan Mus’ab (Bin ‘Umair) Islamkan seluruh kota
Walau bersendirian tika diutuskan

Islam kebanggaanku, Islam kemuliaanku
Bebaskanku dari gelap keakuan
Kepada cahaya kekitaan

Islam kebanggaanku, Islam kemuliaanku
Bebaskanku dari gelap kebatilan
Kepada cahaya kebenaran

Aku mujahid Dakwah
Aku tentera Allah
Dakwah takkan berakhir
Hingga nafas terakhir

Popular posts from this blog

Ama Namin lyrics - Bukas Palad

Arms of Love lyrics - Bukas Palad

Give Thanks Lyrics